Perniagaan yang kreatif dan inovatif menunjukkan perniagaan yang sentiasa mencipta produk baharu atau mengembangkan produk sedia ada.
Natural Batik Village Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan yang kreatif dan inovatif. Natural Batik Village Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang terletak di Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia. Natural Batik Village Sdn Bhd mengedarkan dan menjual produk batik ke seluruh Malaysia. Selain itu, Natural Batik Village Sdn Bhd juga sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik perhatian masyarakat. Sebagai contohnya, “Kuantan Sarong Batik Run 2016” dan “Fashion Show NBV” seperti di bawah.
Rajah yang menunjukkan produk cenderamata
Produk dompet yang dihasilkan oleh Natural Batik Village Sdn Bhd
Aktiviti “Kuantan Sarong Batik Run 2016”
Natural Batik Village Sdn Bhd dikatakan sebuah perniagaan yang kreatif dan inovatif kerana perniagaan lain hanya menjual produk batik tradisional iaitu pakaian batik. Namun begitu, Natural Batik Village Sdn Bhd sentiasa mencipta produk batik baharu seperti topi dan dompet. Perkembangan tentang produk sedia ada juga dijalankan oleh Natural Batik Village Sdn Bhd seperti “batik T-Shirt hand drawn”. Tambahan lagi, Natural Batik Village Sdn Bhd juga mengadakan pelbagai aktiviti yang berlainan dengan syarikat lain.
Pelbagai penciptaan dan perkembangan atas produk batik yang dijalankan oleh Natural Batik Village Sdn Bhd telah menunjukkan Natural Batik Village Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan yang kreatif dan inovatif. Natural Batik Village Sdn Bhd juga menjalankan promosi seperti pengiklanan dan promosi jualan.