Isnin, 21 November 2016

BUSTEL


BUSTEL
Perniagaan Bustel ini adalah gabungan daripada perkataan bas dan hotel. Perniagaan ini merupakan idea bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Ali Rostam. Idea ini bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan bas-bas lama yang tidak beroperasi. Pada awalnya, idea ini tercetus apabila beliau mengambil inpirasi daripada perkhidmatan bas di England. Bas-bas lama diguna balik dan diubahsuai keseluruhannya untuk menjadi produk pelancongan unik yang dapat menarik minat pelancong.

Perniagaan Bustel ini diwujudkan di Melaka pada awal bulan Jun 2015 oleh pengurusnya iaitu Muhammad Hairi Ismail. Bas-bas lama ini diubahsuai keseluruhannya dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang ada sama dengan hotel-hotel biasa seperti katil, penghawa dingin, televisyen dan bilik mandi. Perniagaan Bustel ini juga menyediakan kemudahan untuk pelanggan seperti perkhidmatan kafe, tempat letak kereta, pusat kraf tangan dan cenderamata serta tandas awam.

Perniagaan Bustel ini menawarkan harga yang berpatutan setanding dengan harga-harga yang ditawarkan oleh hotel-hotel biasa yang lain. Antaranya adalah sebanyak RM90 untuk hari biasa tetapi akan bertambah menjadi RM130 pada hari minggu dan cuti sekolah. Kedudukan Bustel ini agak strategik kerana menghadap pantai dan laut supaya pelanggan dapat menikmati keindahan alam dan kesegaran angin laut sepanjang menginap di Bustel tersebut.


Perniagaan Bustel ini dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong luar untuk datang melancong ke Melaka. Perniagaan ini juga dapat memberi pengalaman dan kenangan indah yang sukar dilupakan yang seterusnya akan menarik minat pelanggan untuk datang menginap di bustel pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan