Rabu, 23 November 2016

BEG LOCTOTE

 BEG LOCTOTE

 
Syarikat LOCTOTE pada awalnya di asaskan oleh Don Halpern. Syarikat ini menghasilkan beg secara buatan tangan dan menggunakan material-material yang bermutu tinggi bagi memenuhi kehendak pelanggan. Beg ini dihasilkan bagi mengelakkan kes-kes kecurian beg yang sering berlaku kini. Beg ini juga merupakan beg yang dapat mengelakkan kecurian data atau mengelakkan alatan pengimbas data untuk mengimbas segala data-data penting yang terdapat didalam beg tersebut.


      Pengasas Syarikat LOCTOTE.CO, Don Halpern 
CIRI-CIRI BEG LOCTOTE






 



Kreativiti Dan inovasi Terhadap Kayu Palle

Kreativiti Dan inovasi Terhadap Kayu Pallet
 

Pallet adalah salah satu bagian dari warehousing. Pallet merupakan tempat untuk meletakkan barang-barang dengan tujuan memudahkan penyimpanan, perhitungan, dan transportasi. Material utama dari sebuah pallet biasanya terbuat dari kayu atau plastik. Pallet direka dengan pelbagai ukuran sesuai dengan keperluan.
Minat yang mendalam terhadap projek kayu pallet ini talah melahirkan seoarng usahawan pallet yang asalnya seorang pendidik. Beliau merupakan seorang pendidik di Sekolah Menengah Alor Pongsu, Bagan Serai Perak yang bernama Saiful Bahrin Bin Mohd Rani yang berusia 30 tahun. Beliau telah menghasilkan 300 projek pallet dalam masa lapan bulan tanpa bantuan sesiapa dengan berpandukan minat dan diiringi dengan semangat keazaman yang kuat.

Antara projek kayu pallet yang diahsilkan oleh beliau ialah :






   




  


Isnin, 21 November 2016

BEG BOBBY


BEG BOBBY
Image result for bobby bag xd design 
 GAMBAR BEG BOBBY.



Beg Bobby merupakan salah satu beg yang dihasilkan oleh Syarikat XD Design. Beg ini dihasilkan kerana banyak kejadian kecurian yang berlaku. Beg ini dicipta untuk mengurangkan kadar kecurian. Hal ini demikian kerana, beg ini telah dicipta dengan ciri-ciri keselamatan.















CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA BEG BOBBY


• ANTI KECURIAN
• KALIS AIR & ANTI PELUH
• PENGECAS MUDAH ALIH
• POKET TAMBAHAN
• KESELAMATAN PADA WAKTU MALAM
• KESEIMBANGAN BERAT BEG






BUSTEL


BUSTEL
Perniagaan Bustel ini adalah gabungan daripada perkataan bas dan hotel. Perniagaan ini merupakan idea bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Ali Rostam. Idea ini bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan bas-bas lama yang tidak beroperasi. Pada awalnya, idea ini tercetus apabila beliau mengambil inpirasi daripada perkhidmatan bas di England. Bas-bas lama diguna balik dan diubahsuai keseluruhannya untuk menjadi produk pelancongan unik yang dapat menarik minat pelancong.

Perniagaan Bustel ini diwujudkan di Melaka pada awal bulan Jun 2015 oleh pengurusnya iaitu Muhammad Hairi Ismail. Bas-bas lama ini diubahsuai keseluruhannya dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang ada sama dengan hotel-hotel biasa seperti katil, penghawa dingin, televisyen dan bilik mandi. Perniagaan Bustel ini juga menyediakan kemudahan untuk pelanggan seperti perkhidmatan kafe, tempat letak kereta, pusat kraf tangan dan cenderamata serta tandas awam.

Perniagaan Bustel ini menawarkan harga yang berpatutan setanding dengan harga-harga yang ditawarkan oleh hotel-hotel biasa yang lain. Antaranya adalah sebanyak RM90 untuk hari biasa tetapi akan bertambah menjadi RM130 pada hari minggu dan cuti sekolah. Kedudukan Bustel ini agak strategik kerana menghadap pantai dan laut supaya pelanggan dapat menikmati keindahan alam dan kesegaran angin laut sepanjang menginap di Bustel tersebut.


Perniagaan Bustel ini dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong luar untuk datang melancong ke Melaka. Perniagaan ini juga dapat memberi pengalaman dan kenangan indah yang sukar dilupakan yang seterusnya akan menarik minat pelanggan untuk datang menginap di bustel pada masa akan datang.

Natural Batik Village Sdn Bhd

Perniagaan yang kreatif dan inovatif menunjukkan perniagaan yang sentiasa mencipta produk baharu atau mengembangkan produk sedia ada.

Natural Batik Village Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan yang kreatif dan inovatif. Natural Batik Village Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang terletak di Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia. Natural Batik Village Sdn Bhd mengedarkan dan menjual produk batik ke seluruh Malaysia. Selain itu, Natural Batik Village Sdn Bhd juga sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik perhatian masyarakat. Sebagai contohnya, “Kuantan Sarong Batik Run 2016” dan “Fashion Show NBV” seperti di bawah.

Rajah yang menunjukkan produk cenderamata



Produk dompet yang dihasilkan oleh Natural Batik Village Sdn Bhd



Aktiviti “Kuantan Sarong Batik Run 2016”
Natural Batik Village Sdn Bhd dikatakan sebuah perniagaan yang kreatif dan inovatif kerana perniagaan lain hanya menjual produk batik tradisional iaitu pakaian batik. Namun begitu, Natural Batik Village Sdn Bhd sentiasa mencipta produk batik baharu seperti topi dan dompet. Perkembangan tentang produk sedia ada juga dijalankan oleh Natural Batik Village Sdn Bhd seperti “batik T-Shirt hand drawn”. Tambahan lagi, Natural Batik Village Sdn Bhd juga mengadakan pelbagai aktiviti yang berlainan dengan syarikat lain.

Pelbagai penciptaan dan perkembangan atas produk batik yang dijalankan oleh Natural Batik Village Sdn Bhd telah menunjukkan Natural Batik Village Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan yang kreatif dan inovatif. Natural Batik Village Sdn Bhd juga menjalankan promosi seperti pengiklanan dan promosi jualan.